27.8.08

Untukmu, CT...

CT...
Pertama kali ku terlihat dirimu
Aku bagaikan lupa dunia
Aku alpa seketika
Aku jadi angau..

CT...
Apapun berlaku, aku sanggup lakukan
Apa saja keranamu
Biarkan aku berlapar dan dahaga
Keranamu ku sanggup lakukan apa saja..

CT...
Ketahuilah oleh mu bahawa aku pernah bertegang urat
Dengan sahabatku yang mempunyai niat untuk memiliki dirimu
Mereka kata aku tidak mampu memilikimu
Sakit matiku melihat mereka memegang badanmu
Sedangkan aku..
Aku hanya melihat sahaja.

CT...
Pernah sekali ku berjumpa bomoh untuk memikatmu
Tetapi apa yang aku dapat hanyalah hampa
Bomoh tu kata budak CT ni keras sikit, dia ada penjaganya
Aku kecewa..

CT...
Apabila ku kenang kembali, baru ku sedar bahawa..
Aku tidak mampu memilikimu
Aku sedar aku hanya pekerja kilang
Tetapi azamku tetap untuk memilikimu
Walaupun aku tunggu sehingga ke hari tua

CT...
Baru aku sedar bahawa penjagamu itu
Adalah salesman dan badan kerasmu adalah besi
CT... walaupun dunia kita berbeza
Percayalah, aku tetap akan meminangmu
Ooooohh.. Honda CT (:

No comments: