24.4.09

petikan demi petikan

gambar-gambar berikut diambil sehari sebelum aku balik ke JB.


siang hari aku pergi merayap



berjalan pun mcm orang mabuk dah



bangga la tu ronaldo aku amek gambar dengan dia



ini dari sudut depan pula



agaknya kalau aku jadi batman, selamat tak dunia ni?



bila malam menjelma, futsal la apa lagi.



ini gambar candid, so aku x sempat nak bg pose terbaik.



ni time pergi sarapan pagi keesokkan harinya



aku tersenyum. so, happy ending. (:

Ikut hati, mati

ini ayat nasihat orang-orang tua :

"ikut nafsu, lesu."
"ikut hati, mati."

kalau aku dah buat pilihan,
maknanya aku ikut kata hati
kalau aku ikut hati,
maknanye akan mati?

sama ada mati mampos?
mati akal? or mati pucuk?
hahahaha.

apa-apa pun
aku yakin
inilah pilihan yang akan aku buat tidak lama lagi (:

sekian session merepek kali ini.

p/s : Hari ni aku pergi pasar untuk membeli Ubi. Somehow, aku kene gelak dengan nenek aku sebab apa yang aku bawa balik ke rumah itu adalah Keledek. Takpelah. Janji dua-dua pun sedap di makan kan, nek (:

21.4.09

uneasy.

just now,
i feel ;

uneasy.
unpleasant.
bugged.
annoyed.
mad.

but why?
u should have known.

18.4.09

Ini cerita panjang

Tetibe aku rasa aku mahu flashback kembali
apa yang telah aku lakukan
sewaktu kali pertama menyediakan resume
untuk mencari pekerjaan.

yelah
kerja key-in data yang sebelum ni tak de
suruh aku submit resume.
kerja pun tak sampai sebulan.

time cuti panjang after aku habis
pengajian diploma kt UTM Kuala Lumpur
aku lepak agak lama la kat rumah
sebulan, dua, tiga bulan
konon-konon jadi anak yg baik
tolong kemas rumah,
menanam segala jenis orkid di halaman rumah
(aku tulis benda yg baik je kan..haha)

time tu tgh musim malas mengawan aku.

jeng jeng jeng

then sampai la one day dimana otak aku
semakin matang memikirkan masa depan
untuk bekerja sementara menunggu untuk
menyambung ijazah di Uniten.

aku mula menyiapkan resume untuk mengapply
mencari kerja untuk 3 bulan sahaja
sbb aku akan mula kelas pada 1 Disember 08.

nak dipendekkan cerita,
aku ditawarkan utk diinterview untuk position-position berikut :

1. It Technician (Kilang dekat dgn Plaza Angsana)
2. Technical support (Telekom, kl)
3. Assistant enggineer (Waste Water company)
4. Technician computer (Kedai Komputer)
5. Line leader (Kilang kt area Senai)
6. yg lain aku tak ingat dah sebab tak pergi interbiunya

aku tahu aku nak kerja 3 bulan je..
so aku tak sampai la hati ni nak menipu
mereka-mereka yang menginterbiu aku
coz gila pe nak amek orang kerja technician
untuk kurang 3 bulan je..?

buat perabih duit company je
coz ada training periodnya beratusan harganya
walaupun untuk sehari. Kalau untuk 2 minggu, berapa dah?

kesian la mereka kalau dah berabis duit
untuk mentraining aku ni
then aku dengan secara tiba-tiba hilangkan diri
macam kene kejar dengan along.

tapi aku bukan nak cerita pasal kerja yang aku dapat..
aku cuma nak korang tahu dan sedar apakah benda yang patut
korang letak kat dalam resume & ape yang tak patut.

biodata diri & kelulusan tu semua aku tak yah bagitau pun
confirm2 korang da tau memang kena letak.

tapi ini adalah bab terpenting untuk resume :
iaitu meletakkan gambar korang yang paling smart.

dan waktu tu aku masih lagi jahil tentang kepentingan ini
aku pun meletakkan la gambar berikut untuk resume-resume aku..


Picture 1


Picture 2


dan berikut adalah komen dari encik-encik penginterbiu :

utk position it technician:
"Encik Anuar, ini picture untuk main myspace kan??
Manyak hensem."

utk position assistant enggineer :
"Hm..resume awak ok..yang concernkan saya tentang resume awak
ni adalah gambar yang awak letak ni. Awak ambil sendiri ke?"

utk position line leader :
"Anuar, could you please bring to me your latest photo later
in pasport size and you have to make sure that photo will be
snap at Kodak Shop and it taken by their photographer..ok?"

.........

apa, tak smart ke gambar-gambar tu??
wakaka.

so the next resume untuk aku hantar bagi position
technician computer, aku meletakkan picture tersebut...
dan aku jugak memberikan foto yang sama kepada orang
yang menjaga kaunter sewaktu sesi pendaftaran di Uniten...


Picture 3


dan berikut adalah komen dari penerimanya :

"Hm..Ini picture carik makan ke bro..?"

...............................................
bliss said aku tak dapat nak menutup mulut orang kecuali dengan tangan.

14.4.09

Bangun pagi lagi

awal pagi lagi aku dah bangun
keluar pergi beli sarapan dengan
karipap sardin kegemaran aku.

then aku singgah kedai kejap
mahu membeli sayur sawi + keret (carrot)
newspaper dgn beberapa barang yang lain

kendian
aku pun mengatur langkah dgn konfiden
untuk mengambil brg-brg yang dikehendaki..

tatakala untuk mengambil barang yang terakhir
aku jadi terpinga-pinga
dan keadaan ini menyebabkan aku berulang alik
kejap ke depan kedai...
kejap ke peti ais kedai tu..

hampir 6,7 minit aku macam pak guard
yang sedang meronda-ronda di dlm kedai,
akak yang menjaga kaunter kedai tu
mula perasan & tengok aku semacam..
erk.

time tu punya la ramai pelanggan tgh nak bayar kat kaunter
dan aku tak mahu la tgk si kaunter girl tu
terus merenung jejaka tak tampan yang sedang bingung ni
lantas aku memintas barisan pembeli yg mahu membayar tu..
lalu aku bertanya :
"Akak, kat dalam peti ais tu, yang mana satu Sayur Sawi??"

haha.
endingnya lu org pikir la sendiri ok.

12.4.09

Tahukah engkau..

Ibu,

Tahukah engkau yang aku
masih memerlukan sedikit masa
untuk melangkah ke alam kejayaan..

Tahukah engkau yang aku
terlalu berharap agar aku masih punyai masa untuk membalas
segala jasamu yang tak terbalas itu..

Tahukah engkau yang aku
ingin melihat engkau hidup senang di masa akan datang
dengan harapan bahawa semua kesenangan itu
hadirnya dari usaha anakmu ini..

Tahukah engkau yang aku
telah berjanji untuk mengotakan semua ini
suatu hari nanti kelak?

10.4.09

Segamat lagi

tengah hari nanti aku kena balik kg
drive alone utk ambil nenek aku
bawa dia datang ke JB.

coz Monday next week
mak aku akan masuk wad
untuk pembedahan yang pertama.

somehow,
aku ada perasaan yg tak baik today.
why?

Ini bukan photo Erra Fazira

5.4.09

life without worries..


Hye everybody.. my name is Sara Yasmin.

I just turned 3 weeks old ;p

i like to sleep...

and after i took my meal
(milk) i'll go to sleep again

is it cool being me..? don't u think so?
live life without worries.


3.4.09

u know rite that i love u the most, mum?



dah seminggu aku tgu berita ni
dan aku cuba berfikiran positif
berharap dan berdoa agar berita yg
aku dengar seminggu yg lalu,
adalah palsu belaka & tidak benar.

dan ptg ni jangkaan aku meleset..
aku x pernah rasa sedih mcm ni..

"Kanser tahap maju terutama tahap 4 biasanya tidak dapat dirawat dan tujuan rawatan bukan untuk memulihkan tetapi untuk menjaga mereka dan mengawal penyakit. Ini bermaksud mengawal penyakit selama boleh dan mengurangkan kesakitan dan masalah kesihatan lain yang berkait. Secara umum rawatannya untuk meningkatkan mutu hidup bagi masa yang tertinggal" - statement ni membuatkan hati aku hancur lebur.

aku cukup sedar Ya Allah..
aku xmampu nak mengubah apa2..
cuma aku berharap padaMu,
sembuhkanlah penyakit ibundaku..
walaupun dunia mengatakan ianya mustahil,
kuasaMu tetap dapat mengatasi segala-galanya..
aku telalu berharap Ya Allah..... Amin...

it's good to be back

yup. it's good to be back (:

but it's already 2 days i've been in Johor.
since the 1st day i want to surf an internet but somehow
i have to wait for my sister because she is the one who hold
the modem. erk.

last night i enjoyed playing futsal with my former work's team.
then we played pes09 league together at my former boss house
and for the 1st time, i fell asleep at his house..zzz
too tired i think.

and this morning, i watering the plants around the house (:
it took around 40 minutes to be done..adoyai.
but it's ok. i do love green & planting.

i don't think this is an abnormal hobby to do, aite?
but from the outside & my attitude,
my friends might not think this can be my part-time hobby..
hahaha. what so ever lah, ejangs.

for 3 months until July, i'll be in honeymoon mode,
while books (especially advanced calculus's book) would be kept in safe.

ah..it feel so good when no need to take a look again for that thing.

but it's no good either to do nothing.
i'll keep searching for a job, next week maybe.
i can't stand to be in this empty room
watch myself dying thinking about the past.

oh it's already time.

i'd like to get some food into belly of mine 1st b4 go to the mosque today (:

zzz.